Varian Delta merebak seperti wabak cacar air - Utusan Malaysia

Varian Delta merebak seperti wabak cacar air

PEMAKAIAN pelitup muka masih menjadi antara kaedah pencegahan terbaik menentang varian Delta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memaklumkan, varian Delta mudah merebak seperti wabak cacar air.

Lapor CNN, berdasarkan dokumen CDC, penduduk yang sudah menerima vaksinasi lengkap tetapi dijangkiti Covid-19 mungkin boleh menyebarkan virus maut itu sama seperti golongan belum divaksin.

Pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky mengesahkan pendedahan dokumen tersebut yang dilaporkan buat pertama kali oleh The Washington Post.

“Varian Delta boleh merebak sama seperti wabak cacar air yang sangat mudah berjangkit.

“Jika seseorang dijangkiti varian Delta, dia boleh menyebarkan virus itu kepada lapan hingga sembilan orang lain di sekelilingnya,” katanya.

Walensky menegaskan, biarpun golongan yang sudah divaksin masih boleh dijangkiti varian Delta, kesannya tidak seteruk seperti yang dialami penduduk belum divaksin.

Dalam pada itu, dokumen tersebut menyatakan, vaksin berkesan mencegah lebih 90 peratus komplikasi teruk, namun mungkin kurang berkesan dalam mencegah jangkitan atau penularan.

Sehubungan itu, CDC menggesa supaya program vaksinasi dijalankan secara menyeluruh, malah mungkin perlu diwajibkan sekiranya keadaan semakin teruk.

Selain itu, pemakaian pelitup muka perlu diwajibkan semula kerana langkah itu merupakan antara kaedah pencegahan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya