Vaksin Johnson & Johnson berkesan menentang varian Delta - Utusan Malaysia

Vaksin Johnson & Johnson berkesan menentang varian Delta

SATU dos suntikan vaksin Johnson & Johnson didapati berkesan mencegah jangkitan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Johnson & Johnson (J&J) semalam menyatakan satu dos suntikan vaksin Covid-19 keluarannya berkesan menentang varian Delta dan beberapa lagi varian yang berbahaya.

Data menunjukkan dos vaksin berkenaan mampu memberi perlindungan terhadap tubuh manusia selama lapan bulan dengan tahap keberkesanan 85 peratus.

Keputusan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital, malah mengelak lebih banyak kematian.

Ketua Kajian dan Pembangunan J&J, Mathai Mammen berkata, vaksin Covid-19 keluarannya mampu membangunkan antibodi yang kuat, sekali gus membantu melindungi tubuh daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Vaksin J&J mampu mewujudkan antibodi peneutralan tinggi terhadap varian Delta berbanding varian Beta yang ditemukan pertama kali di Afrika Selatan,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya