YANGON: Penunjuk perasaan meraikan sambutan hari jadi ketua junta tentera Myanmar, Min Aung Hlaing hari ini dengan membakar potret beliau dan mengadakan upacara pengebumian secara olok-olok.
Penunjuk perasaan juga menyediakan makanan yang digelar Mohinga iaitu mi yang dicampur sup dan sering dihidangkan semasa upacara pengebumian di negara ini.
“Saya buat Mohinga pada hari jadi Aung Hlaing kerana saya mahu dia mati.
“Banyak nyawa penduduk tidak berdosa menjadi mangsa kerana dia. Jika dia mati, seluruh negara akan gembira,” kata seorang penduduk di sini.
Di Mandalay, sejumlah aktivis membakar gambar pemimpin tentera itu, selain mengadakan upacara pengebumian olok-olok.
Aung Hlaing menyambut ulang tahun ke-65 dan banyak pihak melepaskan jawatan atau bersara susulan usianya.
Pergolakan politik di negara ini bermula sejak Februari lalu apabila junta tentera melakukan rampasan kuasa, termasuk menahan pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi.
Sekurang-kurangnya 890 penduduk maut ditembak tentera dan lebih 6,500 ditahan. – AFP