UK gesa tamatkan keganasan di Tigray - Utusan Malaysia

UK gesa tamatkan keganasan di Tigray

DOKTOR sedang merawat seorang penduduk yang tercedera dalam serangan udara di pekan Togoga di Tigray pada minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain mendesak semua pihak berkaitan untuk menamatkan keganasan di wilayah Tigray, Ethiopia.

Lapor Reuters, negara itu turut mendesak membenarkan anggota misi kemanusiaan memasuki kawasan tersebut untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Gesaan ini dibuat selepas kerajaan Ethiopia mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak di wilayah Tigray pada awal minggu ini.

“Kami menyambut baik pengumuman kerajaan Ethiopia mengenai gencatan senjata bersifat kemanusiaan di Tigray.

“Kami juga mendesak semua pihak terlibat dalam konflik ini untuk tampil membuat pengumuman serupa.

“Keganasan perlu ditamatkan dan akses kemanusiaan perlu dibenarkan. Pasukan pertahanan Eritrea juga harus meninggalkan Tigray,” kata seorang jurucakap Pejabat Luar Britain.

Minggu lalu, serangan udara terhadap sebuah pasar di pekan Togoga di wilayah Tigray mengorbankan sekurang-kurangnya 64 mangsa dan mencederakan ratusan penduduk.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, konflik dalaman di wilayah Tigray menghimpit kira-kira 350,000 orang ke ambang kebuluran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya