Tujuh orang maut, bot terbalik di Lampedusa - Utusan Malaysia

Tujuh orang maut, bot terbalik di Lampedusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk seorang wanita hamil dilaporkan lemas selepas bot yang membawa pendatang dan pelarian terbalik kira-kira lapan kilometer di pesisir luar kepulauan Itali, Lampedusa.

Lapor Al Jazeera, kira-kira 10 orang lagi hilang selepas kejadian berlaku pada awal pagi semalam.

Ketua pendakwa pasukan penyiasatan, Luigi Patronaggio berkata, pelarian berkenaan dipercayai memulakan perjalanan mereka di Tunisia.

Datuk Bandar Lampedusa, Toto Martello menyifatkan tragedi terbaharu di Mediterranean itu sebagai amat memilukan.

“Saya tertanya-tanya apa lagi harus berlaku untuk membuatkan Eropah dan Itali sedar perkara seperti itu tidak harus berterusan,” katanya.

Pengawal pantai Itali menerusi kenyataan memaklumkan dua kapal peronda sudah memberi respon terhadap panggilan kecemasan dari bot tersebut.

Jelas kenyataan itu, ketika pasukan penyelamat menghampiri bot, penumpang tiba-tiba beralih tempat mereka yang kemungkinan menyebabkan bot tersebut terbalik.

Menurut pihak berkuasa, pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan kira-kira 46 orang dari bot selepas terbalik, dan membawa mereka kembali ke Lampedusa.

Lapor media tempatan, lebih 250 individu lain yang menaiki empat buah bot mendarat di pulau kecil semalaman.

Hampir 20,000 pendatang dan pelarian tiba di Itali sejak awal tahun dengan kebanyakannya melarikan diri akibat konflik dan kemiskinan di negara Afrika dan Asia Barat.

Jumlah itu dibandingkan dengan lebih 6,700 orang yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu, lapor data dari Kementerian Dalam Negeri.

Lampedusa yang berhampiran Afrika merupakan antara destinasi utama pemerdagangan manusia yang berpangkalan di Libya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya