Trump saman Twitter, Facebook dan Google - Utusan Malaysia

Trump saman Twitter, Facebook dan Google

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memfailkan saman terhadap syarikat gergasi teknologi, Google, Twitter dan Facebook atas dakwaan menjadi mangsa `penapisan’.

Lapor BBC, tuntutan saman itu turut dibuat terhadap ketua pegawai eksekutif tiga syarikat berkenaan.

Sebelum ini, akaun media sosial Trump digantung pada Januari lalu atas faktor keselamatan awam selepas insiden rusuhan berlaku di bangunan Capitol Amerika Syarikat (AS).

Semalam, Trump menyifatkan tuntutan saman itu sebagai `perkembangan untuk hak kebebasan bersuara’.

Trump dalam satu sidang akhbar di New Jersey mengecam tindakan ketiga-tiga syarikat tersebut serta parti Demokrat dengan mendakwa menyokong maklumat tidak benar.

“Kami menuntut untuk menamatkan larangan, menghentikan tindakan menyenaraihitam dan sekatan yang dikenakan,” katanya.

Tuntutan saman itu turut memohon mahkamah mengenakan perintah bagi menamatkan penggantungan akaun sosial media pemimpin berkenaan.

“Sekiranya mereka boleh menyekat seorang presiden maka firma itu boleh melakukan demikian kepada sesiapa sahaja,” kata Trump.

Setakat ini, ketiga-tiga syarikat itu belum memberi respon berhubung tuntutan saman yang difailkan di sebuah mahkamah Persekutuan di Florida. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya