Tiga lagi pulau peranginan di Thailand dibuka kepada pelancong asing - Utusan Malaysia

Tiga lagi pulau peranginan di Thailand dibuka kepada pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tiga lagi pulau peranginan di Thailand dibuka kepada pelancong asing yang sudah divaksin biarpun kes jangkitan di negara ini belum menunjukkan tanda-tanda reda.

Tiga pulau iaitu termasuk Samui, Tao dan Phangan.

Pada 1 Julai lalu, Phuket menjadi pulau peranginan pertama di negara ini yang dibuka kepada pelancong asing yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19.

Pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu menjalani kuarantin, namun perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum pergi ke wilayah Thailand yang lain.

Namun, berbeza bagi tiga pulau berkenan apabila pelancong yang tiba di Samui perlu tinggal di hotel yang mendapat kelulusan selama seminggu dan boleh keluar dari pulau itu pada hari ke 11.

Pelancong juga perlu mempunyai keputusan ujian Covid-19 yang negatif sebelum dibenarkan mengunjungi Tao atau Phangan.

Ketika ini, Bangkok serta sembilan wilayah dikenakan sekatan ketat Covid-19 termasuk perintah berkurung waktu malam.

Thailand merekodkan sebanyak hampir 9,200 kes jangkitan baharu dan 98 kematian hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya