Tidak sengaja kebumi keranda kosong di Jawa Tengah - Utusan Malaysia

Tidak sengaja kebumi keranda kosong di Jawa Tengah

KEJADIAN itu berlaku susulan salah faham antara hospital dan pasukan pengurusan jenazah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLATEN: Pasukan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di Klaten, Jawa Tengah didakwa tidak sengaja mengebumikan keranda kosong dalam satu kejadian, di sini kelmarin.

Ketua Pasukan Pencegahan Covid-19 Klaten, Joko Handoyo mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ia berlaku di Desa Karanglo di Polanharjo.

“Memang betul, pasukan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 mengebumikan keranda kosong kerana berlaku salah faham.

“Pada awalnya, terdapat seorang pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-10 di sebuah hospital di Solo.

“Namun, selepas urusan pengebumian selesai, pasukan itu dimaklumkan mereka sebenarnya mengebumikan keranda kosong,” katanya kepada Tribunnews.

Jelas Joko, pihak hospital memaklumkan jenazah pesakit itu masih berada di hospital dan belum dikebumikan.

“Akhirnya, kubur itu digali semula dan jenazah pesakit tersebut dikebumikan semalam,” ujarnya.

Sementara itu, ketua kampung Karanglo, Yudi Kusnandar memaklumkan pihaknya tidak akan tahu sekiranya keranda yang dibawa berisi jenazah atau tidak kerana perlu mematuhi protokol Covid-19.

Dia juga memberitahu, jumlah mayat Covid-19 yang terlalu banyak untuk diuruskan juga menyebabkan pasukan pengurusan letih.

Katanya, pihaknya hanya menerima keranda jenazah Covid-19 yang dihantar oleh pihak hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya