BANGKOK: Thailand hari ini mengumumkan untuk melanjutkan sekatan Covid-19 termasuk larangan perjalanan, penutupan pusat beli-belah dan perintah berkurung waktu malam di tiga lagi wilayah selepas kes jangkitan meningkat tiga hari berturut-turut.
Thailand merekodkan sebanyak 11,397 kes jangkitan baharu dan 101 kematian hari ini, menyaksikan jumlah keseluruhan 403,386 dan 3,341 kematian.
Kesemua pusat beli-belah di tiga wilayah tersebut iaitu Chonburi, Ayitthaya dan Chachoengsao akan ditutup dan perintah berkurung bermula pukul 9 malam hingga 4 pagi.
Bangkok dan sembilan wilayah lain sudah pun menjalani sekatan Covid-19 sejak Isnin lalu.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan perancangan untuk melaksanakan sekatan lebih ketat susulan peningkatan kes. – REUTERS