Thailand pertahan langkah campur vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Thailand pertahan langkah campur vaksin Covid-19

YONG POOVORAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand semalam mempertahankan keputusannya untuk mencampurkan dua dos vaksin berlainan bagi mengekang jangkitan Covid-19 di negara ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin memberi amaran mencampurkan dua jenis vaksin Covid-19 yang berlainan merupakan sebagai ‘trend berbahaya’.

WHO menegaskan, tiada data kukuh serta mencukupi untuk membuktikan campuran dua vaksin berlainan berkesan meningkatkan sistem imunisasi.

Namun, ketua virologi Thailand, Yong Poovorawan berkata, campuran vaksin yang tidak diaktifkan seperti Sinovac dengan vaksin vektor viral seperti AstraZeneca boleh memberi ‘kesan perlindungan’ yang lebih cepat iaitu sepantas enam minggu.

Langkah itu dilihat lebih cepat berbanding kesan menggunakan dos ketiga yang mengambil masa selama 12 minggu untuk memberi perlindungan

“Kita tidak boleh tunggu selama 12 minggu (kesan dos ketiga) ketika negara berdepan dengan situasi getir seperti ini,” katanya.

Thailand merekodkan lebih 353,700 kes dan 2,847 kematian akibat Covid-19 setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya