Texas: Dua maut, puluhan cedera kebocoran bahan kimia - Utusan Malaysia

Texas: Dua maut, puluhan cedera kebocoran bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Sekurang-kurangnya dua orang maut akibat cedera parah dalam insiden kebocoran bahan kimia di sebuah kilang perindustrian di La Porte, Texas.

Lapor Al Jazeera, empat lagi mengalami kecederaan melecur ketika kejadian berlaku di fasiliti LyondellBasell di Kompleks La Porte berhampiran bandar Houston pada Selasa lalu.

LyondellBasell merupakan salah sebuah syarikat bahan kimia, plastik dan penapisan yang terbesar di dunia.

Jurucakap syarikat LyondellBasell, Chevalier Gray menerusi kenyataan memaklumkan kejadian itu melibatkan kebocoran asid asetik.

Jabatan Bomba Harris County kemudian mengesahkan puluhan lagi cedera dalam insiden tersebut.

Sementara itu, Laurie Christensen dari Bomba Harris County berkata, seorang mangsa cedera dibawa ke hospital menerusi helikopter manakala seorang lagi dihantar dengan ambulans.

Katanya, lima orang dirawat di lokasi kejadian dan puluhan lagi individu diletakkan dibawah pemantauan untuk sebarang kemungkinan gejala yang merangkumi kesukaran bernafas, menelan dan perengsa atau lecur pada kulit.

Jelas syarikat itu, pihaknya sedang bekerja rapat dengan responden bagi memastikan semua pekerja diambil kira. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya