Tertekan darurat Covid-19, wanita jual semua barang peribadi - Utusan Malaysia

Tertekan darurat Covid-19, wanita jual semua barang peribadi

TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang wanita memaklumkan dia menjual semua barangan peribadinya bagi mendapatkan duit belanja di Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sama seperti di kebanyakan negara yang bergelut dengan pandemik Covid-19, perintah kawalan pergerakan memberi kesan kepada penduduk.

Situasi serupa berlaku di Indonesia apabila video seorang wanita yang menjual semua barangan miliknya menjadi tular dalam media sosial.

Video yang dimuat naik dalam Instagram itu menunjukkan seorang wanita pada mulanya mengucapkan syukur kerana ‘hasil jualannya’ mendapat sambutan yang baik.

Wanita itu juga memaklumkan dia baru sahaja ‘berniaga’ selama seminggu, namun tidak menyangka barangan jualannya begitu laris.

Video itu kemudiannya menunjukkan wanita tersebut rupa-rupanya menjual barangan peribadi miliknya mengikut hari.

Katanya, Isnin lalu, dia menjual cincin, kemudian hari berikutnya, dia menjual pula rantai lehernya.

“Pada Rabu pula, saya jual gelang tangan, hari Khamis, saya jual anting-anting dan Jumaat pula, saya jual loket.

“Jadi, genap seminggu saya jual barang peribadi bagi dapatkan sedikit duit belanja,” katanya.

Di akhir video, wanita itu memberitahu dia berasa bimbang kerana sudah tidak ada barangan miliknya yang boleh dijual.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Instagram yang lain.

Terdapat seorang pengguna berseloroh menyatakan dia hanya ada ‘mas Ariffin’ iaitu suaminya, maka bagaimana hendak dijual.

Ada juga pengguna yang mencadangkan perkara tidak sepatutnya termasuk ‘menjual diri’

Biarpun ada yang beranggapan video itu lucu, namun hakikatnya, mereka sedar kawalan pergerakan yang dilakukan ketika ini memberi kesan kepada sumber pendapatan penduduk.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya