YANGON: Pasukan tentera Myanmar menembak mati sekurang-kurangnya 25 anggota kumpulan bersenjata dalam satu pertempuran pada Jumaat lalu.
Media tempatan melaporkan, insiden itu berlaku di Depayin di wilayah Sagaing, kira-kira 30 kilometer ke Naypyidaw.
Lidah rasmi kerajaan Myanmar, akhbar Global New Light melaporkan, kumpulan bersenjata yang disifatkan sebagai pengganas itu menyerang hendap pasukan tentera yang berkawal di kawasan tersebut.
Jelas akhbar itu, selepas bertempur dengan tentera, kumpulan tersebut berundur dan melarikan diri.
Negara ini berdepan dengan pergolakan politik sejak rampasan kuasa oleh junta tentera berlaku pada Februari lalu.
Pelbagai pihak bermasuk komuniti antarabangsa menggesa junta Myanmar menghentikan kekerasan terhadap rakyat, terutamanya golongan penunjuk perasaan.
Setakat ini, lebih 800 maut ditembak tentera dan lebih 6,500 ditahan di seluruh negara. – REUTERS