Tentera laut Rusia boleh lancar ‘serangan yang tidak dapat dielak’ - Putin - Utusan Malaysia

Tentera laut Rusia boleh lancar ‘serangan yang tidak dapat dielak’ – Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tentera Laut Rusia boleh mengesan mana-mana kapal musuh dan bersedia melancarkan ‘serangan yang tidak dapat dielak’ sekiranya keadaan memerlukan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, tentera laut negara ini berkeupayaan mengesan musuh sama ada dari bawah air, atas permukaan serta udara.

“Tentera kami juga mampu melancarkan ‘serangan yang tidak dapat dielak’,” katanya ketika menghadiri perarakan tentera laut di St Petersburg.

Pada Jun lalu, Rusia mendakwa tentera lautnya melepaskan tembakan amaran dan melepaskan bom ke arah kapal perang Britain bagi ‘mengusirnya’ keluar dari perairan Crimea.

Namun, Britain menafikan dakwaan tersebut.

Sementra itu, Putin pada bulan lalu menegaskan Rusia ‘boleh sahaja’ menenggelamkan kapal perang Britain, HMS Defender yang dituduh menceroboh kawasan perairannya.

Beliau berkata, perkara itu boleh dilakukan tanpa ‘mencetuskan Perang Dunia Ketiga’, selain menyifatkan Amerika Syarikat memainkan peranan dalam tindakan provokasi tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya