WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pasukan tentera negara ini akan mengakhiri misi ketenteraan di Iraq menjelang hujung tahun ini.
Namun, pasukan tentera AS akan membantu melatih serta memberi khidmat nasihat kepada ketenteraan Iraq.
Pengumuman itu dibuat selepas Biden mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi di White House.
Terdapat kira-kira 2,500 tentera AS di Iraq ketika ini.
Kehadiran tentera AS di Iraq menjadi isu utama sejak KOmander Pengawal Revolusi Islam Iran, Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan udara AS di Baghdad tahun lalu.