Teknologi sekat kanak-kanak main game tengah malam - Utusan Malaysia

Teknologi sekat kanak-kanak main game tengah malam

TENCENT perkenalkan sistem pengecaman wajah untuk menghalang kanak-kanak bermain permainan dalam talian antara 10 malam sehingga 8 pagi di China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat internet China, Tencent melancarkan sistem pengecaman wajah bagi menyekat kanak-kanak bermain permainan dalam talian antara pukul 10 malam sehingga 8 pagi di negara tersebut.

Lapor BBC, teknologi midnight-patrol (kawalan tengah malam) itu akan menghalang segala cubaan untuk melanggar peraturan diperkenalkan kerajaan pada 2019 yang juga mengehadkan jumlah wang boleh dihabiskan oleh kanak-kanak untuk permainan dalam talian. 

Larangan itu memerlukan pemain untuk berdaftar menggunakan kad pengenalan mereka yang akan dihubungkan dengan pengkalan data nasional.

Namun, terdapat juga kes kanak-kanak menggunakan kad pengenalan orang dewasa dan bukannya dokumen pengenalan mereka sendiri. 

Kini, mana-mana individu yang bermain permainan dalam talian untuk jangka masa tertentu perlu mengimbas wajah bagi membuktikan mereka orang dewasa. 

Sistem yang diperkenalkan oleh Tencent bakal merangkumi lebih 60 permainan dalam talian daripada syarikat gergasi di seluruh dunia.

Tencent mula menguji sistem itu pada tahun 2018.

Syarikat itu mengumumkan perkembangan terbaharu perkhidmatan mesej QQ dengan menggelarnya sebagai zero-hour cruising yang kemudian diterjemahkan oleh portal berita, Sixth Tone sebagai midnight-patrol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya