Tak terima kematian keluarga akibat Covid-19, petugas perubatan ditikam dengan gunting - Utusan Malaysia

Tak terima kematian keluarga akibat Covid-19, petugas perubatan ditikam dengan gunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang petugas perubatan di sebuah hospital di Semarang, Jawa Tengah dilaporkan cedera parah selepas ditikam dengan gunting oleh keluarga pesakit Covid-19.

Lapor Suara.com, insiden itu berlaku selepas pesakit Covid-19 tersebut meninggal dunia dan ahli keluarganya tidak dapat menerima berita sedih itu.

Akibatnya, seorang daripada ahli keluarga pesakit berkenaan bertindak melulu dengan mengambil gunting dan menikam seorang petugas perubatan yang ada di hospital terbabit.

Berdasarkan video yang tular dalam media sosial, beberapa petugas perubatan yang mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) cuba meleraikan pertengkaran tersebut.

Turut kedengaran suara wanita menjerit meminta tolong.

Menurut sumber, pesakit Covid-19 itu dibawa ke hospital dalam keadaan nazak dan keluarganya memaksa petugas perubatan memberikan rawatan serta-merta.

Namun, situasi menjadi semakin buruk apabila pesakit itu meninggal dunia dan petugas perubatan memaklumkan jenazah perlu dikebumikan mengikut protokol Covid-19.

Enggan menerima perkara tersebut, seorang daripada ahli keluarga nekad menikam petugas perubatan sehingga gunting itu patah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya