Struktur kondominium Miami akan diruntuhkan sepenuhnya - Utusan Malaysia

Struktur kondominium Miami akan diruntuhkan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURFSIDE: Pasukan penyelamat menemukan dua lagi mayat di bawah runtuhan kondominium Champlain Towers South semalam, menjadikan jumlah korban ketika ini seramai 24 orang.

Selepas penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan persiapan untuk meruntuhkan sebahagian lagi struktur kondominium itu dilakukan.

Struktur kondominium itu perlu diruntuhkan sepenuhkan ketika Ribut Tropika Elsa diramal bakal melanda Florida seawal esok dan dikhuatiri membahayakan keadaan.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava berkata, operasi SAR akan disambung selepas struktur kondominium itu sudah diruntuhkan.

Selepas sembilan hari insiden itu berlaku, seramai 121 mangsa masih hilang, sekali gus harapan untuk menemukan mangsa terselamat semakin tipis. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya