Stonehenge bakal hilang status warisan dunia UNESCO - Utusan Malaysia

Stonehenge bakal hilang status warisan dunia UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Binaan batu terkenal, Stonehenge bakal kehilangan status warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sekiranya terowong dibina merentasi kawasan tersebut.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Liverpool kehilangan status bandar warisan dunia UNESCO selepas fasa pembangunan di bandar itu menjejaskan nilai sejarahnya.

UNESCO memaklumkan, Stoneheng akan dimasukkan ke dalam ‘senarai bahaya’ sekiranya kerja-kerja pembinaan terowong jalan itu mula dilakukan.

Projek pembinaan terowong itu dianggarkan bernilai 1.7 bilion pound (RM9.9 bilion).

Mahkamah tinggi dijangka memutuskan sama ada projek pembinaan terowong itu akan dilakukan atau sebaliknya pada minggu depan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya