SpaceX dapat kontrak RM752 juta ke planet Musytari  - Utusan Malaysia

SpaceX dapat kontrak RM752 juta ke planet Musytari 

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Syarikat roket peribadi, SpaceX yang dimiliki Elon Musk dianugerahkan kontrak perkhidmatan pelancaran sebanyak AS$178 juta (RM752 juta) bagi misi pertama  Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) ke planet Musytari. 

Misi itu bertujuan mengkaji sama ada bulan Europa yang sejuk boleh menjadi tempat sesuai untuk menjalani kehidupan. 

Europa adalah salah satu bulan Galilea paling kecil milik Musytari. 

Misi Europa Clipper dijangka berlepas pada Oktober 2024 menggunakan roket Falcon Heavy yang dimiliki syarikat Musk, Teknologi Eksplorasi Angkasa Lepas di Pusat Angkasa Lepas Kennedy NASA di Florida. 

Antara objektif misi tersebut adalah menghasilkan gambar dengan resolusi tinggi dari permukaan Europa, menentukan komposisinya, mencari tanda-tanda aktiviti geologi serta menentukan kedalaman dan kemasinan lautannya. 

April lalu, SpaceX dianugerahkan kontrak bernilai AS$2.9 bilion (RM11.6 bilion) untuk membina kapal angkasa pendaratan lunar yang dirancang akan membawa angkasawan NASA kembali ke bulan untuk pertama kalinya sejak 1972. 

Namun, kontrak itu ditangguhkan selepas dua syarikat angkasa lepas bersaing, Blue Origin milik Jeff Bezos dan kontraktor pertahanan Dynetics membantah pemilihan SpaceX. -REUTERS 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya