NEW YORK: Seorang guru terpaksa menanggung malu selepas seorang murid meninggalkan nota di atas mejanya memaklumkan seluarnya terkoyak dan berlubang sepanjang kelas.
Lapor The Sun, guru mata pelajaran sains dari Amerika Syarikat, Greg Donitzen berkongsikan kisah itu dalam TikTok yang memaparkan seluar dalamnya berwarna biru.
“Ada lubang di seluar anda. Semua murid bercakap tentang perkara itu,” tulis nota tersebut.
Guru lelaki itu memuat naik kisahnya dan bertanyakan jika ada sesiapa yang pernah melalui pengalaman itu.
Beberapa guru lain turut berkongsikan kisah masing-masing menerusi ruangan komen dalam video itu.