Sebanyak 2,296 penunjuk perasaan Myanmar dibebaskan - Utusan Malaysia

Sebanyak 2,296 penunjuk perasaan Myanmar dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar semalam membebaskan lebih 2,000 penunjuk perasaan anti rampasan kuasa dari penjara di seluruh negara, termasuk wartawan tempatan yang dipenjara selepas membuat laporan mengkritik junta.

Myanmar berdepan dengan pergolakan politik sejak Februari lalu selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa.

Lebih 880 penduduk awam terbunuh dalam beberapa siri tunjuk perasaan yang diadakan selepas ditembak pasukan keselamatan.

Selain itu, hampir 6,500 ditahan di penjara di seluruh negara, malah terdapat dakwaan kesemua tahanan diseksa oleh pihak berkuasa Myanmar.

Selepas pengumuman pembebasan itu dibuat, kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan penjara Insein di Yangon dengan harapan dapat melihat insan tersayang dibebaskan.

Ada yang sanggup berhujan demi menunggu ahli keluarga mereka, malah turut membawa jambangan bunga.

Sehingga petang semalam, sebanyak 2,296 tahanan sudah dibebaskan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya