PONTIANAK: Seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui ibunya meninggal dunia ketika berusaha mencari bekalan oksigen.
Lapor Tribunnews, Shiri mencari bekalan oksigen itu sejak awal pagi di Jalan Veteran, Kota Pontianak untuk ibunya yang mengalami sesak nafas di rumah.
Namun, menjelang pukul 11 pagi telefon bimbitnya berdering dan seseorang memaklumkan ibunya sudah tiada.
“Sudah terlambat, ibu saya sudah meninggal dunia. Sejak pagi saya beratur dan menunggu bekalan oksigen tetapi bekalan masih lambat.
“Ibu saya sakit di rumah dan mengalami kesukaran bernafas dan hanya menjalani rawatan di rumah kerana tiada bekalan oksigen di hospital,” kata Shiri.
Sementara itu, Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji berkata, ketika ini bekalan oksigen untuk daerah ini mengalami sedikit kelewatan.
Katanya, pihaknya terpaksa menunggu bekalan oksigen dari Jakarta dan Batam.
“Jika bekalan itu dapat sampai segera, maka, Khamis hingga Jumaat depan stok oksigen kembali seperti biasa,” jelasnya.