Satelit, roket boleh dilancarkan dari UK tahun depan - Utusan Malaysia

Satelit, roket boleh dilancarkan dari UK tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelancaran roket dan satelit kini boleh dilakukan dari United Kingdom (UK), selepas peraturan baharu industri angkasa lepas negara ini dikuatkuasakan.

Peraturan baharu itu membolehkan sektor angkasa lepas menjadikan UK sebagai destinasi baharu untuk mengembangkan industri.

Pelancaran angkasa lepas UK yang pertama juga dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Menurut Kementerian Pengangkutan, kapal angkasa atau satelit tidak pernah dilancarkan dari mana-mana negara Eropah.

Syarikat angkasa lepas Britain dan Etopah kini melancarkan satelit mereka di Pusat Angkasa French Guiana dan Baikonur di Rusia.

Beberapa lokasi sudah dikenal pasti sebagai tapak pelancaran angkasa lepas iaitu Newquay di Cornwall, Snowdonia di North Wales, dan Western Isles, Glasgow, Machrihanish, Sutherland serta Shetland.

Kementerian itu juga memaklumkan, program pelancongan angkasa lepas juga boleh dilancarkan dari UK dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN