Sambut Aidiladha dalam negara - Utusan Malaysia

Sambut Aidiladha dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Semua penduduk Arab Saudi dinasihatkan supaya meraikan Hari Raya Aidiladha di dalam negara dan tidak perlu bercuti ke luar biarpun sekatan perjalanan sudah ditarik balik.

Hal ini bagi memastikan kes jangkitan Covid-19 tidak menjadi semakin buruk dan sukar dikawal.

Umat Islam di seluruh dunia dijangka menyambut Hari Raya Haji pada 20 Julai ini dan penduduk Arab Saudi sudah membuat perancangan untuk bercuti ke beberapa negara jiran seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu lalu mengeluarkan larangan perjalanan dan kemasukan dari UAE susulan peningkatan kes Covid-19.

Kebanyakan agensi pelancongan menasihatkan orang ramai supaya bercuti di dalam negara kerana keadaan yang tidak menentu di luar sana.

Yousef A. dari Agensi One World Travel berkata, penduduk Arab Saudi perlu mengelak daripada berkunjung ke negara yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 tinggi seperti di UAE.

“Ramai orang memilih untuk bercuti ke Dubai, sedangkan banyak aktiviti yang ada di sana juga terdapat di sini.

“Sebagai contoh, panggung wayang yang beroperasi selama 24 jam, aktiviti mendaki gunung dan berkemah, berlayar atas bot, konsert dan safari, semua itu ada di dalam negara ini, selain keadaan juga lebih selamat,” katanya kepada Arab News.

Seorang lagi pemilik agensi pelancongan, Mohammed Khaled memberitahu, ramai penduduk ingin bercuti ke luar negara kerana mereka berasa ‘sesak dan terkurung’ dalam negara sendiri.

“Saya faham ramai yang ingin mengambil ‘angin luar’, namun mereka perlu membuat pilihan yang bijak memandangkan situasi Covid-19 di seluruh dunia masih getir,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya