Saintis temukan SpongeBob dan Patrick Star sebenar di dasar laut - Utusan Malaysia

Saintis temukan SpongeBob dan Patrick Star sebenar di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sejak pertama kali bersiaran pada 1999, siri animasi SpongeBob SquarePants menjadi antara kartun paling diminati di seluruh dunia.

Siri kartun terbitan Nickeledeon itu menampilkan watak utamanya iaitu sekeping span berwarna kuning bernama SpongeBob dan rakan baiknya yang merupakan tapak sulaiman bernama Patrick Star.

Lapor Daily Mail, seorang saintis marin berpeluang bertemu dengan SpongeBob dan Patrick Star ‘sebenar’ di dasar laut.

Christopher Mah yang berkhidmat di National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menemukan ‘span’ berwarna kuning dan tapak sulaiman berwarna merah jambu ketika melakukan selaman menggunakan kenderaan kawalan (ROV) di dasar laut di New York City.

Mah turut memuat naik gambar penemuan itu ke dalam Twitternya.

Jelas Mah, objek berwarna kuning yang kelihatan seperti span itu dinamakan Hertwigia dan tapak sulaiman itu adalah Chondraster.

“Saya tidak menyangka akan menemukan hidupan laut serupa seperti watak SpongBob dan Patrick Star.

“Sebagai ahli biologi yang pakar mengenai lautan, kami sama tidak menerima logik watak SpongeBob, namun siapa sangka, dia benar-benar ‘wujud’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya