Rusuhan penjara Ecuador, 27 banduan maut - Utusan Malaysia

Rusuhan penjara Ecuador, 27 banduan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO: Rusuhan dalam dua penjara di Ecuador menyebabkan seramai 27 banduan maut sekali gus memaksa pihak kerajaan mengisytiharkan darurat.

Presiden, Guillermo Lasso memerintahkan semua sumber daya manusia digerakkan dan ekonomi yang diperlukan untuk mewujudkan kembali ketenteraman di Penjara Guayas selepas keganasan tercetus, Rabu lalu.

Pengurusan penjara SNAI memuat naik ciapan dalam Twitter iaitu seramai 19 banduan dilaporkan mati dan seorang mangsa mati digantung di Penjara Cotopaxi.

Lapan banduan lain dilaporkan terbunuh di Penjara Guayas.

Pihak berkuasa melaporkan sebanyak 22 kes kematian berlaku akibat rusuhan dengan 57 orang cedera termasuk lapan anggota polis serta seorang daripadanya dirogol.

Jelas pihak penjara, seramai 86 banduan Cotopaxi berjaya melarikan diri sebelum ditangkap semula.

Sitem penjara di Ecuador mempunyai sebanyak 60 kemudahan yang dibina bagi penempatan 29,000 banduan.

Namun, kemudahan itu terpalit dengan isu kesesakan banduan dan bilangan staf berkurangan. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya