Rusuhan di dua penjara di Ecuador, 18 maut - Utusan Malaysia

Rusuhan di dua penjara di Ecuador, 18 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO, Ecuador: Rusuhan yang berlaku di dua penjara di Ecuador semalam menyaksikan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan lebih 50 cedera, termasuk polis.

Pasukan polis elit kini berjaya mengawal keadaan di dua penjara tersebut yang satunya terletak di tenggara wilayah Guayas, dan satu lagi di Andean di Cotopaxi.

Seramai 10 banduan maut dan 35 cedera, termasuk enam polis dalam rusuhan di penjara di Cotopaxi.

Manakala, lapan tahanan terkorban dan tiga polis cedera di Guayas.

Rusuhan dilaporkan berlaku di dua penjara tersebut pada Februari lalu, menyebabkan 79 banduan maut dalam sehari.

Ecuador mempunyai 60 penjara yang mampu menempatkan kira-kira 29,000 banduan.

Namun, setiap penjara dihuni banduan dalam jumlah yang ramai berserta pengawal yang tidak mencukupi.

Dianggarkan terdapat 103 kes pembunuhan di penjara di negara ini pada tahun lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya