JOHANNESBURG: Angka korban akibat rusuhan di Afrika Selatan meningkat kepada 45 orang hari ni ketika pasukan keselamatan ‘bekerja keras’ untuk menstabilkan keadaan, terutamanya di kawasan miskin di dua wilayah.
Banyak kematian dilaporkan berlaku di wilayah Gauteng dan KwaZulu-Natal apabila penduduk merusuh dan menyerbu sejumlah premis perniagaan untuk mencuri makanan, perkakasan elektrik dan pakaian.
Pergolakan tercetus selepas bekas presiden negara ini, Jacob Zuma memulakan hukuman penjara selama 15 bulan pada Khamis lalu.
Beliau didapati bersalah terlibat dalam skandal rasuah ketika berkhidmat sebagai presiden dari 2009 hingga 2018.
Namun, rusuhan itu dilaporkan tidak berlaku di tujuh wilayah lain di negara ini dan pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan siap siaga.
Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan terbunuh di Gauteng, termasuk 10 di pusat beli-belah di kawasan Soweto.
Selain itu, seramai 26 lagi maut di KwaZulu-Natal selepas orang ramai memecah masuk sejumlah premis perniagaan.
Serakat ini, sebanyak 2,500 anggota tentera yang dikerah ke lokasi kejadian masih belum dapat ‘mengawal keadaan’. – AP