Rusia sokong usaha ASEAN tangani krisis Myanmar - Utusan Malaysia

Rusia sokong usaha ASEAN tangani krisis Myanmar

MENTERI Luar Rusia, Sergei Lavrov mengadakan sidang akhbar ketika lawatan rasmi ke Jakarta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rusia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha diplomatik ASEAN untuk menamatkan krisis di Myanmar.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memaklumkan pihaknya juga telah menyampaikan mesej serupa kepada kepimpinan tentera negara tersebut.

Kata Lavrov, lima perkara penting yang dipersetujui oleh blok ASEAN juga harus dijadikan sebagai asas untuk menyelesaikan krisis yang berlaku di Myanmar.

“Kami menyokong peranan ASEAN yang perlu dilihat sebagai asas untuk menyelesaikan krisis dan memulihkan semula situasi di Myanmar,” katanya dalam sidang akhbar ketika lawatan rasmi ke Jakarta.

Dalam pada itu, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, Lavrov akan mengadakan perbincangan secara maya dengan rakan sejawat dari ASEAN ketika lawatan tersebut. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya