Rohingya tidak terburu-buru sertai gabungan anti junta - Utusan Malaysia

Rohingya tidak terburu-buru sertai gabungan anti junta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITTWE: Etnik Rohingya akhirnya ‘diiktiraf’ di Myanmar apabila kerajaan demokrasi bayangan iaitu Perpaduan Nasional menerima komuniti itu dalam gabungan nati junta bagi menamatkan pergolakan politik di negara ini.

Namun, penerimaan itu tidak dipandang mudah oleh Rohingya dan etnik itu mengambil langkah berhati-hati supaya tidak sekali lagi menjadi mangsa diskriminasi dan keganasan Myanmar.

Pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh akibat keganasan tentera pada 2017 diberi jaminan mereka akan dibenarkan kembali ke Rakhine.

Selain itu, etnik tersebut juga akan diberi hak kerakyatan Myanmar.

“Kami diibaratkan seperti umpan yang akan digunakan untuk menangkap ikan.

“Kami bimbang sekiranya Rohingya hanya akan digunakan sebagai perisai manusia atau kambing hitam,” kata Wai Mar yang tinggal di kem pemindahan, Thet Kay Pyin.

Seorang lagi penghuni kem tersebut, Tun Hla berkata, sekiranya junta tentera boleh membunuh penduduk Myanmar sesuka hati tanpa belas kasihan, bagaimana pula dengan nasib Rohingya?

“Junta tentera akan buat lebih teruk terhadap kami kerana Myanmar tidak pernah peduli dengan nasib kami,” ujarnya.

Pergolakan politik berlaku di negara ini selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa pada Februari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya