Risiko jadi ‘kilang hasil varian’ - Utusan Malaysia

Risiko jadi ‘kilang hasil varian’

PARA saintis menggesa bekalan vaksin Covid-19 segera dikongsikan di seluruh dunia. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Saintis mendakwa penduduk yang belum terima suntikan vaksin boleh menjadi ‘kilang penghasilan varian’, sekali gus berisiko terdedah dengan mutasi Covid-19 lebih berbahaya pada masa akan datang.

Lapor Mirror, beberapa pakar bimbang semua kemajuan dicapai ketika ini dalam usaha memerangi wabak itu boleh menjadi sia-sia sahaja sekiranya varian baharu mampu menghalang vaksin Covid-19 sedia ada.

Pendapat itu dilontarkan oleh pakar dari Bahagian Penyakit Berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Dr. William Schaffner kepada CNN.

“Semakin ramai penduduk belum menerima suntikan vaksin maka semakin banyak peluang virus itu membiak.

“Apabila keadaan itu berlaku, ia boleh bermutasi dan boleh menghasilkan varian yang lebih berbahaya,” katanya.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa bekalan vaksin Covid-19 dikongsikan dengan segera kepada negara-negara miskin, ditengah-tengah amaran bahawa tiada sesiapa dilindungi sehingga seluruh populasi dunia divaksin.

Sementara itu, Profesor dari Oxford, Dame Sarah Gilbert yang mengetuai pasukan penyelidik membangunkan vaksin Oxford/AstraZeneca turut senada dengan pandangan tersebut.    

Menurut Dame Sarah, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat beberapa negara berpendapatan tinggi yang mahu memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak sedangkan wabak itu masih berleluasa di seluruh dunia.

“Kita belum keluar sepenuhnya daripada pandemik ini. Sebab itulah, saya amat bimbang mengenai bekalan vaksin di seluruh dunia kerana kita perlu menghentikan penularan virus.   

“Jika tidak, ia mungkin mencetuskan varian baharu yang sangat sukar untuk ditangani,” katanya.

David Bauer dari Institut Francis Crick pula menegaskan kempen vaksinasi di seluruh dunia perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya