Ribut Tropika Elsa: Cuba pindah 180,000 penduduk - Utusan Malaysia

Ribut Tropika Elsa: Cuba pindah 180,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Cuba memindahkan kira-kira 180,000 penduduk sebagai langkah berjaga-jaga ketika Ribut Tropika Elsa dijangka membadai negara ini dalam tempoh terdekat.

Elsa sebelum ini melanda kepulauan Carribean, menyebabkan tiga penduduk maut dan ribut itu dikhuatiri mencetuskan banjir besar di negara ini.

Kerajaan Cuba turut membuka pusat perlindungan sementara untuk penduduk, selain mengambil langkah untuk melindungi tanaman tebu dan koko.

Kebanyakan penduduk yang diarahkan berpindah pergi ke rumah saudara mereka, manakala ada juga yang berlindung di pusat pemindahan sementara.

Ratusan penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan turut mendapatkan perlindungan di beberapa gua berhampiran.

Pada petang semalam, titik pusat Elsa dikesan berhampiran selatan perairan Cuba, kira-kira 20 minit ke barat Cabo Cruz dan membawa angin kencang sekuat 95 kilometer sejam.

Agensi meteorologi meramalkan ribut itu akan mula lemah selepas merentasi Cuba hari ini.

Selepas itu, Elsa dijangka membadai Florida. – AP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya