Ribuan penduduk larikan diri kebakaran di barat Kanada, AS - Utusan Malaysia

Ribuan penduduk larikan diri kebakaran di barat Kanada, AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Beribu-ribu penduduk dilaporkan melarikan diri daripada kebakaran di barat Kanada.

Ratusan anggota dikerahkan untuk memadam kebakaran yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Utara.

Ketua daerah di wilayah barat British Columbia, Margo Wagner merupakan salah seorang penduduk yang terpaksa berpindah akibat kebakaran itu.

Kebakaran itu merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Kediaman Wagner yang terletak di kawasan luar bandar Tasik Canim diancam dengan kebakaran.

Menurut pakar, di bahagian selatan sempadan, sejumlah komuniti di Amerika Syarikat (AS) diancam dengan kebakaran hutan sehingga menyebabkan cuaca panas yang melampau.

“Api semakin marak sehingga menghasilkan cuaca panas yang melampau,” kata pakar di Jabatan Perhutanan Oregon, Marcus Kauffman.

Hampir 80 kebakaran besar kini melanda ratusan ribu hektar kawasan di California, Oregon, Montana dan Nevada.

Namun, kebakaran Bootleg di Oregon masih merupakan kebakaran terbesar yang mana memusnahkan sebahagian kawasan menyamai keluasan Los Angeles dalam tempoh dua minggu sahaja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya