Ribuan penduduk dipindahkan, gunung berapi Taal bakal meletus - Utusan Malaysia

Ribuan penduduk dipindahkan, gunung berapi Taal bakal meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina mula memindahkan ribuan penduduk susulan amaran yang dikeluarkan selepas Gunung Berapi Taal menghamburkan debu panas ke udara setinggi satu kilometer hari ini.

Status gunung berapi yang terletak kira-kira 70 kilometer ke selatan tengah Manila itu dinaikkan kepada fasa tiga berdasarkan tahap aktiviti seismologi yang direkodkan.

Taal merupakan satu daripada gunung berapi terkecil di dunia dengan ketinggian 311 meter.

Namun, letusannya pernah mengorbankan kira-kira 1,300 orang pada 1911.

Pada Januari tahun lalu, Taal meletus dengan menghamburkan debu panas setinggi 15 kilometer ke udara, menyebabkan 10,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing, selain banyak penerbangan dibatalkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Filipina memberi amaran Taal boleh meletus lebih teruk berbanding tahun lalu.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam agensi seismologi Filipina, kelihatan air yang terdapat dalam kawah Taal menggelegak sebelum dan selepas meletus.

Selain itu, pekan Agoncillo dan Laurel yang terletak di kawasan tasik berhampiran Taal boleh dilanda tsunami sekiranya gunung berapi itu meletus.

Sebanyak 3,523 keluarga atau 14,495 penduduk perlu dipindahkan ke kawasan selamat. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya