CUBA: Kira-kira 50,000 penunjuk perasaaan berhimpun di jalanan menentang kerajaan dengan melaungkan slogan ‘kami mahu kebebasan’ dan ‘jatuhkan pemerintahan diktator’.
Protes yang berlangsung di San Antonio de los Banos di barat daya Havana menyaksikan golongan muda menyatakan bantahan terhadap Presiden Miguel Diaz Canel.
Seorang penduduk, Claris Ramirez memberitahu agensi berita Reuters menerusi panggilan telefon dia hanya berjalan untuk mencari makanan sebelum terlihat ramai orang memegang sepanduk ketika melakukan protes.
Ribuan penunjuk perasaan lain turut berhimpun di Havana dan sepanjang pantai di Palma Soriano, Santiago de Cuba dengan kehadiran ramai pihak polis mengawal keadaan.
Demonstrasi itu dianjurkan selepas Cuba berdepan fasa paling mencabar krisis Covid-19 dan hari sama kes baharu serta kematian dilaporkan.
Kemarahan orang ramai timbul akibat bantuan makanan yang lambat dan kekurangan bejalan ubat-ubatan sejak pandemik melanda. -AGENSI