Ribuan penduduk Burkina Faso sertai protes di ibu negara - Utusan Malaysia

Ribuan penduduk Burkina Faso sertai protes di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURKINA FASO: Ribuan orang berhimpun di jalanan di negara ini bagi menuntut tindak balas kerajaan terhadap pertumpahan darah yang semakin meningkat selepas pembunuhan beramai-ramai bulan lalu yang mengorbankan lebih 130 orang.

Sebahagian penduduk sanggup merentas perjalanan beratus-ratus kilometer semata-mata ingin menyertai protes yang digerakkan oleh pemimpin pembangkang di ibu negara, Ouagadougou.

Peserta protes mengibarkan bendera merah dan hijau sambil meniup wisel.

Kumpulan bersenjata yang mempunyai perkaitan dengan al-Qaeda dan ISIS yang beroperasi di negara jiran Mali sering melancarkan serangan terhadap orang awam.

Penyokong parti pembangkang, Alpha Yago berkata, rakyat perlu menunjukkan ketidakpuasan hati dan kesulitan yang dialami kepada pihak kerajaan demi keamanan di negara ini.

Seorang peserta protes memegang sepanduk dengan tertera slogan ‘Tuan Presiden, perlu membuat keputusan segera. Kami sudah bosan!’.

Himpunan itu merupakan kali pertama dianjurkan oleh pihak pembangkang dan kumpulan masyarakat awam sejak Presiden, Roch Marc Christian Kabore dipilih semula dalam Pilihan Raya tahun lalu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya