Remaja bakal menjadi angkasawan termuda ke angkasa lepas - Utusan Malaysia

Remaja bakal menjadi angkasawan termuda ke angkasa lepas

OLIVER DAEMEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Seorang remaja bakal menjadi angkasawan termuda selepas seorang jutawan terpaksa menarik diri dari melakukan perjalanan sulung bersama Jeff Bezos ke angkasa lepas.

Lapor Mirror, pelajar jurusan fizik dari Denmark, Oliver Daemen akan melakukan penerbangan bersama lelaki paling terkaya di dunia minggu depan dengan roket New Shepard yang dijangka berlepas Selasa depan.

Remaja berusia 18 tahun itu akan mengambil alih tempat bapanya selepas tawaran tempat kedua yang tidak didedahkan memenangi 20.25 juta pound (RM81 juta) ditangguhkan penerbangan kerana konflik penjadualan.

Syarikat angkasa lepas Bezos, Blue Origin berkata, pemenang memilih untuk melakukan penerbangan dalam misi New Shepard akan datang.

Remaja itu merupakan anak lelaki kepada pengasas firma ekuiti swasta, Somerset Capital Partners, Joes Daemen.

Dia dijangka melakukan penjelajahan ke ruang angkasa lepas dengan pengasas Amazon, saudaranya Mark Bezos dan perintis legenda aeroangkasa, Wally Funk di kapal angkasa lepas, New Shepard Blue Origin yang dijadualkan dilancarkan pada 20 Julai depan.

Blue Origin berkata, Daemen adalah pelanggan pertama yang membuat pembayaran untuk melakukan penerbangan di New Shepard.

Daemen akan menjadi individu paling muda menjelajah ruang angkasa lepas dan Funk, 82, bakal menjadi individu tertua menjadi angkasawan.

Misi itu akan berlepas dari Van Horn, barat Texas, 20 Julai depan yang akan merekodkan sejarah kerana merupakan ulang tahun ke-52 pendaratan kapal angkasa Apollo 11 ke bulan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya