Rekod Dunia Guinness iktiraf lelaki usia 112 paling tua di dunia - Utusan Malaysia

Rekod Dunia Guinness iktiraf lelaki usia 112 paling tua di dunia

EMILIO FLORES MARQUEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JUAN: Rekod Dunia Guinness mengumumkan pemegang rekod baharu bagi kategori lelaki paling tua di dunia apabila ia menjadi milik Emilio Flores Marquez dari Puerto Rico yang berusia 112 tahun.

Pengiktirafan itu dikeluarkan selepas usia Marquec mencecah 112 tahun dan 326 hari.

Lelaki warga emas itu dilahirkan pada 8 Ogos 1908 di Carolina, Puerto Rico dan merupakan anak kedua dari 11 adik=beradik.

“Bapa saya besarkan kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang dan sering berpesan agar kami saling hormat-menghormati serta sayang menyayangi.

“Bapa juga berpesan agar kami berbuat baik dengan orang sekeliling dan berkongsi segala kebaikan,” kata Marquez.

Marquez berkahwin dengan Andrea Prez de Flores selama lebih 75 tahun sebelum isterinya meninggal dunia pada 2010.

Pasangan suami isteri itu dikurniakan empat anak dengan dua daripadanya masih hidup.

Rekod lelaki tertua dunia sebelum ini dipegang oleh Dumitru Comanescu yang meninggal dunia pada 27 Jun 2020 pada usia 111 tahun dan 219 hari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya