Ramai cemburu dengan Brunei - Utusan Malaysia

Ramai cemburu dengan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei tiba-tiba menjadi topik sohor dalam laman Twitter hari ini apabila kebanyakan warga maya memuat naik gambar di sana.

Menerusi kiriman gambar oleh seorang pengguna media sosial, @HazwanMohaimin dapat dilihat suasana malam perayaan di bandar Brunei sempena Hari Keputeraan Raja Brunei yang akan berakhir 3 Ogos depan.

Kelihatan gambar orang ramai berkunjung ke pasar malam tanpa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal disebabkan kes Covid-19 sudah terkawal di negara itu.

Seorang rakyat Malaysia memuat naik ciapan dan berharap agar Malaysia boleh merasai semula suasana berkunjung ke pasar malam seperti Brunei.

Brunei hanya mencatatkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 283 kes dengan hanya tiga kes kematian sejak pandemik bermula.

Brunei Darussalam turut mencatat rekod 400 hari bebas daripada virus Covid-19.

Disebabkan itu, pemerintah Brunei sudah melonggarkan sekatan aktiviti dan membenarkan pesta termasuk ulang tahun keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah ke-75 selama dua minggu.

Perayaan ulang tahun tersebut bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien dengan jumlah acara dalam skala lebih kecil bagi mencegah penularan Covid-19 yang masih menjadi kebimbangan.

Semua tetamu undangan akan dipastikan sudah menerima suntikan vaksin. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya