MOSCOW: Tiga rakyat Cuba yang sangggup merentas sempadan negara melalui sungai Narva kini berdepan tindakan pengusiran oleh Rusia.
Pengawal sempadan Rusia berkata, kesemua mereka ditangkap ketika cuba merentas ke Estonia.
Katanya, mereka berharap dapat menuju ke Sepanyol kerana salah seorang daripada mereka mempunyai anak perempuan yang tinggal di sana.
Ketiga-tiga individu itu ditempatkan di pusat imigresen berdekatan bandar St. Petersburg serta dikenakan denda dan arahan pengusiran.
Kesemua mereka lahir pada 1968, 1970 dan 1992.
Mereka merancang merentas sungai itu selepas mengkaji keadaan setempat dengan menggunakan tilam udara.
Turut dirampas adalah beg mengandungi barangan peribadi, peralatan mandian dan kad pengenalan.
Rakyat Cuba hanya memerlukan pasport untuk mengunjungi Rusia bagi tujuan melancong, namun, tidak boleh memasuki Kesatuan Eropah (EU) tanpa visa.
Seramai 10,000 orang cuba meninggalkan Cuba sejak 60 tahun lalu, tetapi kebanyakan mereka menuju ke Amerika Syarikat dengan menaiki bot dan kapal yang sentiasa berdepan risiko. -BBC