Rakyat beri penghormatan terakhir kepada Presiden Haiti maut dibunuh - Utusan Malaysia

Rakyat beri penghormatan terakhir kepada Presiden Haiti maut dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Orang ramai dijangka memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Haiti, Jovenel Moise yang maut dalam serangan bersenjata di rumahnya hari ini.

Mayat Moise yang meninggal dunia pada usia 53 tahun di rumahnya pada awal pagi 7 Julai lalu akan dibawa ke Cap-Haitien di tempat lahirnya.

Menurut pihak berkuasa negara ini, upacara pengebumian akan berlangsung selama beberapa jam, dengan skrin besar akan dipasang bagi membolehkan rakyat mengikuti proses tersebut.

Isteri mendiang Moise, Martine juga bakal menyertai upacara pengebumian bersama ahli keluarga yang lain.

Kelmarin, penduduk di Cap-Haitien merusuh dengan polis ketika Ketua Polis Haiti, Leon Charles mengunjungi bandar tersebut.

Penduduk tempatan mendakwa polis gagal melindungi Moise sehingga menyebabkan beliau terkorban.

Setakat ini, lebih 20 suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Moise. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya