'Produk kami bukan untuk dijual di wilayah Palestin yang dijajah (rejim Zionis)' - Utusan Malaysia

‘Produk kami bukan untuk dijual di wilayah Palestin yang dijajah (rejim Zionis)’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Syarikat aiskrim terkenal, Ben & Jerry merancang untuk memboikot penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur dengan tidak membenarkan produknya dijual di kawasan tersebut.

The Jerusalem Post melaporkan, syarikat itu dalam notis yang dipaparkan dalam laman webnya menulis: “Kami yakin tidak sesuai dengan nilai kami untuk menjual aiskrim Ben & Jerry di wilayah Palestin yang dijajah (rejim Zionis)”.

Tindakan itu mendapat respons Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dan Menteri Luar, Yair Lapid.

Dengan lagak sombong, Bennett berkata: “Ada banyak jenama aiskrim, tetapi hanya ada satu Negara Israel”.

Beliau berkata, tindakan boikot itu tidak akan berjaya.

Lapid pula menegaskan tindakan sedemikian agak memalukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN