MEXICO: Presiden Mexico, Manuel Lopez Obrador melarang pihak media menyertainya semasa lawatan ke perkampungan El Chapo bagi meninjau perkembangan pembinaan lebuh raya.
Keputusan larangan itu itu diumumkan oleh pejabat presiden malam Isnin lalu, lapor Daily Mail.
“Individu dari Porgram Khas dan Pusat Penerbitan Maklumat tidak akan turut serta, tiada jurugambar sepanjang program lawatan presiden,” kata kenyataan itu.
Lopez dijangka mengadakan lawatan selama empat hari di Sinaloa esok dan bertemu pihak keselamatan di ibu negeri Michoachan.
Presiden itu mencetus kontroversi selepas melawat Badiraguato, Sinaloa dan dirakam berasa gembira dengan ibu kepada raja dadah terkenal, Maria del Consuelo Loero.
Video berdurasi 30 saat yang disiarkan dalam Twitter menunjukkan pemimpin Mexico itu berjalan ke kereta yang membawa ibu kepada El Chapo, 29 Mac tahun lalu.
“Saya akan menyambut awak, tidak perlu keluar. Saya sudah menerima surat anda,” kata Lopez.
Nota yang dimaksudkan oleh Lopez itu merujuk kepada petisyen yang dibuat oleh wanita berusia 93 tahun itu yang membuat permohonan membawa El Chapo ke Mexico bagi menjalani hukuman penjara seumur hidup berbanding di Colorado.