Presiden Haiti maut dalam serangan bersenjata - Utusan Malaysia

Presiden Haiti maut dalam serangan bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT AU PRINCE: Presiden Haiti, Jovenel Moise terbunuh dalam satu serangan di kediamannya di sini.

Menurut perdana menteri sementara, Claude Joseph, kediaman Moise diserbu oleh kumpulan bersenjata kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan hari ini.

Wanita Pertama Haiti, Martine Moise dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.

Jelas Joseph, semua perkara sudah diambil kira untuk memastikan keadaan stabil di negara ini.

Beliau kini akan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara dan menggesa semua rakyat bertenang.

Joseph juga menyifatkan serangan terhadap Moise sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan beliau terkejut dengan berita tersebut dan bersedih atas kematian Moise.

White House turut menyifatkan kejadian itu sebagai ‘jenayah paling kejam’, manakala Republik Dominika menutup pintu sempadannya dengan Haiti sebagai langkah keselamatan.

Moise, 53, sudah berkhidmat sebagai presiden negara ini sejak Februari 2017 dan berdepan dengan perjalanan kerjaya yang ‘terumbang-ambing’ selepas didakwa terlibat dengan rasuah, selain berdepan dengan penolakan oleh golongan anti kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya