Presiden Brazil alami sedu kronik - Utusan Malaysia

Presiden Brazil alami sedu kronik

JAIR Bolsonaro didakwa tidak serius tangani pandemik Covid-19 di Brazil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dimasukkan ke hospital semalam bagi mengenal pasti punca beliau mengalami sedu yang kronik.

Menurut pejabat presiden, Bolsonaro mengunjungi sebuah hospital ketenteraan di sini untuk menjalani pemeriksaan dan pemantauan selama 24 hingga 48 jam.

Beliau dalam keadaan baik dan semuanya lancar,” jelas kenyataan pejabat presiden.

Dalam perkmbangan baharu, Bolsonaro dilaporkan mungkin perlu menjalani pembedahan segera susulan kecederaan pada usus akibat insiden tikaman sebelum ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Bolsonaro dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut pada awal pagi semalam.

Tahap kesihatan presiden itu sering menjadi isu selepas beliau pernah ditikam dan mengalami kecederaan parah pada ususnya ketika mengikuti kempen presiden pada 2018.

Bolsonaro juga dilaporkan dijangkiti Covid-19 pada Julai lalu dan beberapa bulan lepas, beliau dilihat mengalami gejala batuk yang serius. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya