Posisi ISS beralih 45 darjah - Utusan Malaysia

Posisi ISS beralih 45 darjah

MODUL makmal Nauka bergabung dengan ISS selepas melakukan penerbangan selama lapan hari. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Komponen modul makmal Nauka milik Rusia akhirnya bergabung dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas melakukan penerbangan selama lapan hari.

Namun, beberapa jam selepas bergabung, enjin roket yang membawa Nauka secara tiba-tiba aktif menyebabkan posisi ISS beralih 45 darjah.

Keadaan itu menyebabkan kru ISS terpaksa menghidupkan enjin roket segmen lain untuk mengembalikan semula stesen itu kepada kedudukan asalnya.

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menerusi Twitter memaklumkan keadaan sudah stabil dan semua kru ISS tidak berdepan ancaman bahaya.

Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos mengaitkan masalah itu dengan enjin Nauka yang bertindak balas dengan bahan bakar modul berkenaan.

Nauka sepatutnya berlepas pada 2007, namun modul itu mempunyai pelbagai masalah termasuk teknikal sehingga jadual pelepasan sering berubah, selain berdepan dengan kekangan kewangan.

Seminggu selepas berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan, Nauka tetap berdepan dengan masalah teknikal, namun berjaya bergabung dengan ISS.

Nauka berjaya bergabung dengan ISS pada pukul 4.29 petang waktu Moscow ketika modul itu dan ISS terbang melintasi sempadan antara Mongolia dan China pada ketinggian 420 kilometer.

Modul baharu itu akan dijadikan sebagai ruang tambahan kepada kru ISS untuk melakukan eksperimen dan juga tempat rehat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya