Pokok ceri di Itali hasil buah terberat di dunia - Utusan Malaysia

Pokok ceri di Itali hasil buah terberat di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Pasangan adik-beradik memecahkan Rekod Dunia Guinness apabila pokok ceri yang mereka tanam mengeluarkan buah seberat 33 gram sebiji.

Perkara itu secara tidak langsung menjadikan ceri yang ditanam oleh Alberto dan Giuseppe Rosso sebagai paling berat di dunia.

Pokok ceri Carmen itu ditanam adik-beradik tersebut di ladang milik keluarga mereka di Pecetto Torinese.

Mereka memberitahu, keluarganya sudah mengusahakan tanaman ceri sejak lebih seabad lalu.

Berat ceri itu disahkan oleh Institut Kajian Metrologikal Kebangsaan Itali.

Buah ceri terberat yang direkodkan di Itali sebelum ini adalah 26 gram sebiji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya