Pihak berkuasa tahan suspek pembunuh Presiden Haiti - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa tahan suspek pembunuh Presiden Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Pihak berkuasa negara ini menahan beberapa ‘suspek pembunuh’ dalam tempoh kurang 24 jam selepas insiden serangan kumpulan bersenjata yang mengorbankan Presiden Haiti, Jovenel Moise di kediamannya semalam.

Sebelum itu, polis Haiti menembak mati empat ‘anggota tentera upahan’ dan menahan dua yang lain.

Timbalan Menteri Komunikasi Haiti, Frantz Exantus berkata, kumpulan bersenjata itu ditahan polis di Pelerin sebelum pukul 6 petang waktu tempatan.

Insiden yang berlaku di kediaman peribadi Moise itu turut menyaksikan Wanita Pertama, Martine Moise cedera.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung serangan tersebut.

Perdana menteri interim, Claude Joseph kini dipertanggungjawabkan menggalas semua urusan negara.

“Kediaman Moise diserang kira-kira pukul 1.00 pagi waktu tempatan oleh kumpulan bersenjata yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol,” katanya.

Selain itu, lapangan terbang di sini ditutup buat sementara waktu dan keadaan sekitar dilaporkan sunyi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya