Phuket rekod kes import pertama Covid-19 - Utusan Malaysia

Phuket rekod kes import pertama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket merekodkan kes pertama jangkitan Covid-19 dari luar negara selepas dibuka kepada pelancong asing pada minggu lepas.

Pesakit koronavirus itu dikenal pasti seorang lelaki dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tiba di Phuket kelmarin.

Ketua Pejabat Kesihatan Umum Phuket, Koosak Kookiatkul berkata, terdapat dua pesakit baharu Covid-19 di pulau peranginan itu ketika ini.

“Satu daripadanya merupakan rakyat Thailand dan seorang lagi dari UAE.

“Lelaki dari UAE itu kini menjalani rawatan di hospital dan semua kontak rapatnya akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak penularan jangkitan,” katanya.

Menurut Pejabat Hal Ehwal Phuket, pesakit lelaki tersebut menaiki penerbangan dari Dubai ke Phuket menerusi penerbangan Emirates EK378 yang membawa seramai 14 penumpang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya